Assalamualaikum kepada pengunjung Jahitan@Sara..Tak terlambat untuk Jahitan@Sara untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Bila dikatakan Ramadhan means kita wajib berpuasa bagi yang bergelar muslim. Puasa tidak beerti kita menahan lapar dan dahaga sahaja, tp kita mesti menjaga keselurahan nya. Menjaga mata daripada melihat perkara2 yang tidok elok, menjaga mulut daripada mengumpat atau mencela seseorang, menjaga akhlak, menjaga aurat. Senang cerita semuanya kita kena jaga. Dari sinilah kita akan dapat mendidik jiwa kita untuk menjadi muslim yang sejati. Jangan bulan Ramadhan jer kita menjadi seorang yg bertawaduk. Kita kene teruskan ke bulan2 yang seterusnya insyaAllah kita bakal menjadi penghuni syurga..AMIN….Kalau nak cerita pasal Ramadhan ini terlalu banyak kelebihan dan keistimewaannya sehingga tak tertulis di ruang yg sekecil ini..
Pada bulan Ramdhan ini, Jahitan@Sara mengurangkan sedikit jumlah tempahan untuk diambil. Maklum sajalah dalam byk2 bulan, bulan Ramadhan sahaja kita nk mempertingkatkan amal ibadah kita. Sama2 lah kita menuju ke arah tersebut..Jahitan@Sara masih menerima email dan panggilan daripada pengunjung Jahitan@Sara bertanyakan tempahan baju masih diambil atau tidak . Disebabkan untuk mengejar masa, Jahitan@Sara terpaksa menolak tempahan tersebut. Mungkin hari raya seterusnya anda boleh mencuba hasil sentuhan Jahitan@Sara..:)
Bulan lepas Jahitan@Sara ada menerima tempahan dari seberang laut..Nun jauh di sana..1st time Jahitan@Sara menrima tempahan yg begitu jauh sekali. Jahitan@Sara amat menghargainya…:) Thanks to Aleeza.. Baju yg diinginkan adalah baju kurung moden full lining. Menggunakan kain chiffon beads..Lining kain satin. Kain baju ini lain ckit, bukan kipas belakang atau kain duyung. Boleh lah tgk sendiri nnt gambarnya..Tapi kalau mnggunkan kain chiffon lagi cntik dan beralun2..
Leave a Reply