Assalamualaikum teman-teman dan pengunjung blog Jahitan@Sara. Rasanyer tidak terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.. Maklumlah sekarang nih dah raya ke -8..betul ker?hehehe…dah seminggu kita yang bergelar seorang muslim ini beraya..Alhamdulillah masih diberi umur yg panjang untuk kita semua menyedut udara di pagi syawal tahun 2011 yang mulia ini.
Raya tahun ni aku berhajat untuk membuat langsir sendiri. Al maklumlah dah ade rumah sendiri macam2 lak yg teringin.Langsirlah, carpet la..seb baek carpet xleh nk wat sendiri..hehhee..langsir aku untuk raya tahun nih pattern Box Pleat & Pelmet. Nanti aku terangkan ckit cmner box pleat dah palmet. Sebelum tu kita tgk diri cmner lah rupe langsir aku kali nih di mata2 pengunjung blog jahitan@sara..segala cadangn dan kritikan diterima dgn senang hati..:)
Langsir sliding |
Kepala Langsir Box Pleat + pelmet |
Langsir tingkap (xnmpk full sbb ade kerusi :p) |
So cmner rupe langsir aku untuk kali ini..Aku rase menarik ..hehhe..kalau tkder org nk puji diri ini siapa lagi kan. Ok berbalik pada Box pleat dan pelmet tadi.
i. Box pleat = Pleat ini bermaksud lipatan, teknik lipatan. Langsir ini dikenali sebagai box pleat kerana lipatan2 nya berupa seperti kotak-kotak kecil. Kalau diperhatikan cara2 pembuatannya pun memerlukan ketelitian untuk menentukan berapa jarak yg diperlukan untuk mendapatkan lipatan kotak yg tersusun rapi dah kemas.
ii. Pelmet =Pelmet suatu masa dahulu merupakan sekeping papan yg dibentuk serta dicorakkan yg mana ia terletak di bahagian hadapan atas (kepala langsir). Pada masa kini ia diubah suai dgn menggunakan kain kerana ia dapat dipelbagaikan bentuknya mengikut kreativiti.
Kedua2 pattern langsir nih boleh digayakan dengan pelbagai bentuk yg menarik mengikut citarasa sendiri dan kreativiti seseorang.Untuk citarasa aku, aku telah gabungkan kedua2nya sekali. Ada yg mengayakan box pleat dgn scallop dam macam2 lah..Semuanya akan nampak cantik2 belaka.
Sebelum menutup entri kali ini, Jahitan@Sara ingin menyusun 10 jari memohon maaf jika terdapat kekasaran bahasa, tersalah kata dan sudah pastinya ada jika ada kesilapan terknikal dalam penjahitan baju kepada pelanggan2 kesayangan Jahitan@Sara. Jahitan@Sara berharap pelangga2n kesayangan dan bakal pelanggan2 dapat merasa lagi sentuhan jemari dari jahitan@Sara. Jahitan@Sara amat menghargai kalian semua. Bertemu di lain ketika..Selamat hari raya….Daaaaaa
Leave a Reply