Hari ini Jahitan@Sara menerima tempahan untuk membuat baju kurung moden dan kain berombak. Baju ini full lining. (manik di atas kain mmg sudah tersedia pada kain.. =) )Anda semua boleh melihat hasilnya.
Baju Kurung Moden (full lining) |
Lengan Cuff (Cekak) – 6 inci 1/2 (mengikut ketinggian corak bunga) |
Lengan Cuff (Cekak)- Dihiasi dengan butang bungkus atau butang salut (warna butang sesuai dengan corak bunga pada kain) |
Kain Berombak atau Kain Beralun |
Jika ingin membuat kain berombak atau kain beralun boleh di buat sebegini (lihat gambar di atas) atau boleh dibuat dari pinggang kain. Jika kain kurang mencukupi tempat yang berombak itu dibuat aras2 peha. Jika kain berlebihan boleh lah terus dibuat dari atas iaitu tempat yang berombak itu dibuat terus dari pinggang. Jika ingin mencuba boleh lah terus menghubungi Jahitan@Sara.. =)
TwinQsMummy says
I sgt suke baju design ni & nk tempah dgn u….! Mintak email kt i priceya?
sara idris says
email: jahitansara@gmail.com
harga boleh runding..email kat saya dulu segala pertanyaan =) TQ
Anonymous says
kalau nk buat zip utk menyusu…tp nk design lengn ngn kain camni bley x?brape yer
ina says
sara, i ingat nk tempah dgn u la design macam ni.harga dalam 50-65 kan?
sarah idris says
baju kurung moden 50.jika tambahan cuff 6inci dan butang bungkus tambahan harga lain.untuk kain berombak plus harga sebab cara potongan dan gunting agak berbeza dan susah..=)
Anonymous says
nak tempah baju kurung lengan curf ni still available x?? kt mne kedai u ea??
sarah idris says
untuk tempahan dipakai raya dah ditutup..kalau nak pakai selepas raya..mmg available..=) di taman gombak.area greenwood, batu caves.
yaya says
Salam sarah.. Klu sy pos kain dgn cth baju, boleh ke? Jauhla nk g gombak. Kos pos sy byr. Klu bleh, nk tempah rya haji. Oh ye, kurung biasa brp rm ye? Thx.
sarah idris says
wsm yaya..ok..boleh jer..nak pos..nak pakai raya haji kan..so tmphn dibuka lagi..kalau kurung biasa(kain biasa n tiada apa2 tmbahan) RM40..same2
Anonymous says
Salam..nk tanye klu nk buat design mcm ni + bukaan menyusu kain nk berapa meter ye? Bidang 45 ke 60? Thx.
sarah idris says
wsm..nk wat design cmnih, klu dpt bidang besar lagi cntik.5meter tnpa lining
Anonymous says
Sis.. Klu nk tempah utk raya boleh anta bulan 5 nnt ke?
sarah idris says
InsyaAllah boleh..nnt saya akan post entry yg terbaru utk terima tmphn raya..=)
Wanie Kim says
salam..mcm ne yea nak jahit lengan tu???
Anonymous says
Sarah kedai u kt mn ye? I stay kat tmn melewar gombk.