Baju Kurung Menyusu
Ramai yang tak tahu baju kurung juga sesuai di jadikan baju menyusu.
Design baju kurung yang longgar dan memunyai bukaan yang besar dia hadapan menjadikan proses penyusuan menjadi selesa.
Fabrik cotton digunakan untuk design baju ini termasuk kain. Corak baju dan kain berbeza tetapi mempunya warna yang sedondon.
Ada macam-macam gaya bukaan menyusu tetapi bagi baju kurung menyusu, pengunaan zip sorok adalah yang paling sesuai. Kenapa saya sangat mengesyorkan penggunaa zip sorok?
- Sekali pandang baju akan nampak kemas kerana zip sorok akan membuatkan buakaan menyusu tidak kelihatan.
- Untuk buka dan tutup buakaan menyusu mudah dengan adanya zip. Bukaan yang panjang juga faktor keselesan ketika menyusu.
Design Tambahan Baju Kurung Menyusu
Baju kurung menyusu dalam gambar di atas ditempah oleh pelanggan JahitanSara.
Untuk bagi nampak ekslusif dan menarik, butang bungkus ditambah dibawah zip sorok.
Bahagian lengan juga terdapat butang bungkus dan dipadankan fabrik bahagian kain yang dikeluarkan lebih sedikit dari baki hujung lengan.
Untuk kain, design lipat batik dipilih untuk menampakkan ciri-ciri tradisional. Kain pun corak batik, memang kena dengan design.
Walau apa pun design baju menyusu, fungsi baju harus di utamakan untuk memudah penyusuan dilakukan dimana sahaja.
Kemudian barulah di fikirkan design yang kan membuatkan baju tersebut cantik bila di gayakan.
Baju ini juga sesuai di pakai walaupun si ibu sudah tidak menyusukan bayi.
Jahitansara ada menjual seluar mengandung rekaan sendiri. Maklumat lanjut mengenai seluar mengandung boleh klik btang di bawah
KLIK DISINI UNTUK LIHAT PRODUK
Leave a Reply