Filed Under: Fesyen, Pengalaman Baju Kurung Muslimah Barbie Untuk Anak-Anak Bila anak minta belikan baju untk barbie dia yang seksi, ibu terus cari online shop seperti Shoppee dan Lazada tapi banyak dari luar negara. Penghantaran pasti lambat dan material yang digunakan tidak diketahui.Sambil belik- belik perca kain lebihan dari pelanggan, ternampak kain cotton hijau yang punya coak kecil dan warna yang menyerlah. Sesuailah untuk dijadikan baju kurung muslimah untuk si Barbie.Lagi kecil saiz pakaian maknanya lagi susah nak dibuat. Yang memudahkan jahit baju untuk Barbie ni, dia tak pandai komen kalau baju kurung ini tak selesa dipakai.Sebab pertama kali buat, dua kali juga tetas dan jahit baju kurung ini. Lepas siap anak pun puji macam baju kurung raya. Terubat hati tengok tuan punya barbie gembira.Lepas siap baju kurung, ada pula yang request nak pakaikan tudung untuk Barbie yang berbaju kurung ini. Lagi sekali selongkar perca kain lebihan pelanggan. Nasib baik ada perca kain warna kuning di padankan dengan baju kurung muslimah Barbie ini.Lepas tu Kakak Inas pun nak juga baju kurung untuk Barbie dia. Terpaksa lah buat lagi satu pasang.Seronok juga kadang – kadang buat baju yang jarang yang tak pernah orang nak tempah.Musin cuti sekolah ni adalah aktiviti untuk anak-anak. Sesiapa di kawasan Kuala Lumpur, Lembah Kelang yang berminat untuk dapatkan baju kurung untuk anak patung kesayangn masing-masing boleh hubungi Jahitansara.Ataupun Whatsapp Sara : WhatsApp Saya Share Artikel:
Leave a Reply