Sempena bulan Kemerdekaan tahun 2020 ini, antara pakaian yang selalu mendapat permintaan adalah pakaian bertemakan Jalur Gemilang. Warna asas merah, putih, biru gelap dan kuning menjadi pilihan.
Sekolah SRAI Sungai Chinchin Inas adakan pertandingan pakaian tema Merdeka. Terpaksalah jahit baju untuk anak dara seorang ini.
Zaman sekarang ini untuk memudahkan kerja banyak yang buat baju tema hari kemerdekaan dengan memotong bendera yand sedia ada untuk di jadikan pakaian baju kurung, baju kebaya, dress, baju Melayu dan baju tradisional yang lain. Tetapi ini bukanlah praktis yang bagus kerana jalur gemilang gunanya untuk dikibarkan dan bukannya dijadikan kain ela untuk buat pakaian.
Cara yang terbaik untuk buat baju tema kemerdekaan adalah dengan mengunakan kain warna asas dari jalur gemilang dan dijahit menjadi baju yang diinginkan. Jahitansara tahun ini memilih baju tradisional kebaya kelepet untuk Inas. Baju kebaya kelepet ini hanya kain cotton yang biasa sahaja sebab bukan selalu nak pakai baju bertema macam ini.
Selamat menyambut hari Kemerdekaan 2020, semoga Covid-19 hilang di muka bumi ini.
Leave a Reply