Bila gunting tumpul memaang akan melambatkan kerja memotong kain pelanggan. Bahagianhujung mata gunting yang selalu cepat tumpul.
Baru-baru ini gunting JahitanSara terjatuh dilantai dan menyebabkan hujung mata tersumbing sedikit. Masalah bila mata sumbing, kain akan tercarik bila kita memotong.
Setelah cuba asah sendiri gunting tersebut, masalah kain tercarik tiada lagi tapi gunting agak tumpul menyebabkan kurang selesa untuk memotong kain.
Cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini adalah menhantar kepada tukang asah gunting. Setakat ini hanya satu tempat yang menyediakan khidmat mengasah gunting di Kuala Lumpur yang JahitanSara tahu yang terletak berhampiran Plaza GM Chow Kit.
Lokasi dan maklumat kedai asah gunting tersebut adalah seperti berikut:
Nama tukang asah gunting di Chow Kit ini Uncle Kok Leong.
Nombor telefon: 016-247 6589
Waktu operasi kedai asah gunting adalah setiap hari bermula jam 12.30 tengah hari sampai 6:30 petang kecuali Ahad. Hari Ahad tutup operasi kedai ini.
Lokasi kedai ini terletak dipersimpangan antara Lorong Tuanku Abdul Rahman 3 dan Lorong Haji Taib 5.
Ia bukanlah sebuah kedai, tetatpi hanyalah gerai kecil yang menumpang di belakang kedai pemborong beg ” Come Bag” sperti gambar di bawah.
Uncle Kok Leong ni orang kurang upaya, jadi di gerai asah gunting miliknya ini terdapat motosikal 4 roda miliknya. Jadi kalau nampak motosikal 4 roda seperti gambar di bawah, pasti di situlah gerai Uncle Kok Leong.
Harga khidmat mengasah gunting sangat berpatutan ia itu Rm10 setiap gunting. Setaiap gunting mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk diasah dan diservis. Uncle Kok Leong memang pakar mnegasah gunting bukan sekadar mengasah sahaja, dia akan turut servis dan membaiki bilah gunting jika bengkok atau terlalu ketat. Boleh lihat video dibawah untuk lihat proses kerja yang dilakukan oleh pakar asah gunting ini.
Untuk mendapat update terbaru dari JahitanSara boleh bersahabat di FB JahitanSara
Leave a Reply